top of page
Insurance Agent

SENARAI SOALAN LAZIM

Mengenai FWD Kasih

FAQ: FAQ

ADAKAH PRODUK INI PATUH SYARIAH?

Ya. Pelan ini patuh Syariah. Kami menggabungkan prinsip-prinsip Syariah seperti berikut :

  • Tabarru': Derma untuk tujuan di mana para peserta bersetuju untuk membantu satu sama lain dari segi kewangan.

  • Wakalah: Kontrak di mana peserta melantik Pengendali Takaful untuk mengurus dana risiko peserta dan bersetuju untuk memberi upah tertentu kepada Pengendali Takaful untuk perkhidmatan yang diberikan seperti yang telah dipersetujui.

  • Ju'alah: Ia adalah ganjaran kepada Pengendali Takaful di atas prestasi yang baik dalam menguruskan dana risiko peserta. Pengendali Takaful akan diberi 50% ganjaran daripada lebihan dana risiko peserta dan 50% selebihnya diagihkan kepada peserta yang layak.

  • Qard: Pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh Pengendali Takaful sekiranya dana risiko peserta mengalami defisit. Pinjaman tersebut perlu dibayar balik daripada lebihan dana risiko peserta yang akan datang.

BAGAIMANA JIKA SAYA BERUBAH FIKIRAN SETELAH SAYA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PELAN INI ?

Jika anda berubah fikiran dan anda belum membuat sebarang tuntutan, anda mempunyai 15 hari dari tarikh anda menerima Jadual Sijil Takaful anda untuk membatalkannya dan menerima kembali sumbangan anda.

ADAKAH PELAN INI TERDAPAT NILAI TUNAI?

Tidak. Pelan ini tidak mempunyai nilai tunai.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBAYAR SUMBANGAN UNTUK PELAN INI?

Anda boleh membayar sumbangan anda dengan menggunakan kad kredit atau debit anda.

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN?

Hanya dengan 3 langkah yang mudah anda boleh mengemukakan tuntutan anda:

  • Isi borang tuntutan

  • Kumpulkan semua dokumen sokongan yang anda perlukan

  • Kirimkan borang anda dengan dokumen sokongan

Anda boleh melayari Halaman Tuntutan sekiranya ingin membuat sebarang tuntutan atau boleh mengemukakan tuntutan anda dengan log masuk ke myPortal di www.fwd.com.my/en/myportal/.

​

Masih terdapat apa-apa soalan mengenai FWD Kasih? Anda boleh klik butang di bawah untuk lebih lanjut atau menghubungi kami dan kami akan membalas mesej anda secepat mungkin.

bottom of page